Bulan Disember ni banyak birthday dari ke atuk, nenek, anak sampai ke cucu...Birthday Atuk Mail (18/12), Nenek Yah (30/12) , Misha (20/12), Papa dan orang baru, anak Cik Mai (12/12). Alhamdulillah Atuk dan Nenek dikurniakan Allah kesihatan, walaupun kadang2 sakit. Biasalah sakit orang tua2. Atuk tahun ni dah 73, nenek plak 63. Anak cik Mai (Harris) yang baru lahir merupakan cucu yang ke 21 dalam keluarga Papa, boleh buat 2 team bola he he...
Bulan 12 ni juga kami telah kehilangan Nyayee (panggilan org Jawa utk nenek) iaitu mak kepada Nek Yah pada 11/12 dan disusuli dengan abang kepada Nyayee seminggu selepas tu (19/12). Kedua2 selamat dikebumikan di tanak perkuburan Sungai Ramal, Kajang. Kami mendoakan semoga kedua2 roh dicucuri rahmat dan digolongkan dalam orang2 yang beriman... Al fatihah
Yang pergi tetap pergi, yang hidup ni, perjuangan sebagai hambaNya harus diteruskan... Kita tidak tahu lagi bila kesana... Bila difikirkan... dah banyak ke amal yang nak kita nak bawa? Dah bersediakah kita? Tepuk dada tanyalah Iman...
cepat betul masa berlalu... pejam pelik pejam pelik kami dah 1 tahun 3 bulan di UK... Kalo ikutkan ... tinggal lagi 1 tahun 9 bulan.... Research papa byk lagi yang belum siap... sebab ada target yang tersasar... biasalah bila buat experimental based research... tunggu materials... mesin mulfunction...that's part of research.. dan juga ujian dari yang Maha Esa...ditambah dengan cuaca yang sejuk... keluar rumah macam masuk peti ais... aduss... jam 4 ptg dah gelap... automatik mata akan layu...tapi tak boleh jadikan itu semua sebagai alasan utk malas...ni papa tengah siapkan journal paper sebelum SV balik dari Australia pertengahan January..aduss
Hidup Mesti diteruskan.... Come on... Papa u can do it!!
Abu Aiman
No comments:
Post a Comment